HARI PUTRI PERINGKAT DAERAH HULU PERAK

Wednesday, April 28, 2010

PERTANDINGAN KOLAJ KUACI

SKST menjadi JOHAN bagi pertandingan menghasilkan kolaj kuaci yang diadakan pada hari putri peringkat daerah Hulu Perak. Tahniah diucapkan kepada adik Nurul Syafikah dan adik Nurina yang telah berjaya menghasilkan kolaj kuaci yang bertemakan ( 1 Malaysia). Semoga kejayaan mereka menjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar yang lain untuk mara kehadapan. Tahniah diucapkan kepada guru-guru pembimbing yang bertungkus lumus dalam menghasilkan kejayaan ini.

PROGRAM MENTOR DAN MENTEE

Program Mentor dan Mentee SKST telah diadakan pada hari Selasa 27/4/2010. Setiap guru adalah mentor kepada murid-murid tahun 5 dan 6. Setiap guru diberikan tanggungjawab untuk menjadi ibu angkat /ayah angkat kepada pelajar-pelajar tahun 5 dan 6. Upacara penyerahan mentee kepada mentor dijalankan pada jam 8 pg dan berakhir pada jam 8.30pg. Diharapkan semua guru dapat memikul tanggungjawab untuk menjaga dan memberi tunjuk ajar kepada mentee masing-masing dengan sebaik mungkin.

ENGLISH FOR FUN

Program English For Fun yang dijalankan melalui kerjasama pihak sekolah dan Kolej Komuniti Gerik telah berlangsung pada hari Selasa 7/4/2010. Bertempat di Kolej Komuniti Gerik pelajar-pelajar tahun 6 mendaftarkan diri di perkarangan kolej pada jam 8 pagi. Program English For Fun ini berjalan dengan baik dan banyak membuka minda para pelajar untuk meminati subjek Bahasa Inggeris.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar didedahkan dengan latihan dalam kumpulan dan secara tidak langsung dapat menimbulkan keberanian pelajar untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris di hadapan umum.

SEKOLAHKU SYURGAKU..

DIDIKLAH ANAK DIDIKMU SEIKHLAS HATI